Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Sunday, July 11, 2010

UITM KP,N9.

hailoo semuaa. :))
ik kene tunggu
Haihh. Dah lama tak menulis kan?? Rindu takk? Rindulah rindulahh...

Sekarang Cik Ika kat UITM Kuala Pilah tau. Untuk pengetahuan semua. Cik ika berhenti dari matrik dan buat keputusan yang agak 'pandai' mengambil pra diploma sains kat sini. Cik Ika nak jadi ahli-ahli medical imaging. Doakan Cik Ika yee. (^_^)

Suasana kat sini? Hmmm. Penat jugak. Sebab asyik kene tunggu bas je kann. Tapi, tapelah. Jadual dia tak pack macam kat matrik. And, lagi best kott. :)) Rasa macam besar sikit walaupun badan kecik-kecik. hehe.

Errr. Okaylahh. Nanti Cik Ika menulis lagi. Kerja Cik Ika banyak tak buat lagi. Pensyarah boleh tahan garangnyee.

Monday, May 31, 2010

tak nak pakai phone

haha! okay, dengan ini cik ika mengumumkan yang cik ika malas nak pakai phone. buang duit cik ika je. dah lah minggu ni je dah spend seratus lebih. huhh!

Sunday, May 23, 2010

4 day left.

okay, alhamdulillah. lagi 4 hari cik ika nak pulang ke pangkuan ibu bapa cik ika. haha! cuti wesak yerr. :)

hmmmm. cik ika bergaduh ngan someone ni. sorilah ehh. cik ika tension. bila cik ika mesej, taknak balas. kalau tak mesej, marah pulak. kat sini takde kes nak membalas dendam ke ape ehhh. ini isu semasa yang masing-masing kena faham, walaupun geram plus marah berbuak-buak.

lagi, cik ika tak tahu keputusan cik ika ni betul ke tak. cik ika selalu baca kat dinding-dinding kmm ni, TO HAVE SOMETHING, U HAVE TO SACRIFICE SOMETHING. Alahaii, betull ke ni? Cik ika pun tak tahulah. Cik ika konfius. Lagi-lagi, duit cik ika bukan nya banyak nak bertopup-topup ni. Jadi, insyaallah, ianya betul. Dan, Cik Ika akan berusaha bersungguh-sungguh.

Cik Ika nak bangun pagi, pukul 4. Nak belajar. Tapi, Cik Ika takut. Cik Ika tak biasa lagi dengan suasana kat sini. Bila Cik Ika bangun, Cik Ika buat alarm lagi 5 minit lagi. HAHAAHA.

Okay, tu jelaa. tatata! ^_^



p/s:cik ika frust sangat ngan awak!

Thursday, May 20, 2010

lompat macam katak.

hallo.:)

Pembelajaran sekarang semakin pack dan padat. Cik Ika tak dapat sangatt nak catch up. Laju sangat kutt. Then, Poly, rommates Cik Ika akata yang penyarah dia ajar macam katak. Lompat lompat dan lompat. Sampai membuatkan dia tak paham. Haha. Yekerr? Then, dia cakap lagi yang penyarah tu mulut macam machine gun, talk and no stop. Hhaha. Poly poly, kerja u kutuk orang je ehh. ^_^

Bagi pendapat Cik Ika, Cik Ika sabenarnya mensetujui kata-kata Poly tuu, sebab memang kebenaran pun kan. Dah la Cik Ika ni Blurr Blurr orangnya. Macam mana nak catch up ehh? Please help Cik Ika.

Friday, May 14, 2010

kmm day in, :)

Assalammualaikum dan salam satu malaysia(ayat ni selalu Cik Ika dengar kat Kolej Matrikulasi Melaka)

Dengan ini penulis ingin menarik perhatian pembaca semua, haha. ayat kat KMM lagi.:)

Pembaca hendaklah membaca dengan kushuk dan tawaadu' dengan apa yang di tulis pembaca ye. Sekarang penulis yang bergelar Cik Ika ini telah berada di bumi LONDANG. Suhunya antara 34 hingga 38 C. Panas gilaa. Tapi, syukur alhamdulillah, walaubagaimanapun, Cik Ika masih bertahan di sini.

Di bumi KMM ini yang pelajarnya around 2000 orang, memang kita kena jadi muka tak malu la kan, untuk berebut ilmu. Jadi, Cik Ika jangan malu-malu lagi yer. Cheers up! ^_^

Ada pelajar dari pelbagai negeri datang ke sini. Roomates Cik Ika je dari Kelantan dan Johor. Lagi sorang kawan sekolah rendah Cik Ika, iaitu Masrah. Jadi, memang best bila kenal-kenal orang dari serata Malaysia ni kann. Group Cik Ika pulak, 24 orang, ramai jugaa. hehe.

Kat sini pula, Cik Ika terdedah dengan pelbagai orang dengan ragam yang pelbagai. Dorang memang lah ade yang superb alim. Cik Ika macam tak biasa pulaa. Sebab Cik Ika ni orangnya biasa-biasa ajaa.


Okaylah, besok Cik Ika post gambar gambar Cik Ika kat KMM ni ehh. Tatatta.. :)