Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Sunday, April 11, 2010

Ke metrojaya sales- Bukit Jalil

Assalammualaikum dan salam sejahtera. :)

Semalam, saya, kak wan, mama, adly dan arif telah ke metrojaya sales yang bertempat di Bukit Jalil. Memang best sangat. 3 jam kami di situ gara-gara hujan yang turun dengan lebatnya. Oleh itu, mama ambil inisiatif untuk mengurut kaki. Dan, saya macam biasa. Mula-mula window shopping, last-last beli semua. hahaha! :DD Yela, mana tahan kan? mama dan kak wan sedap kena urut. Saya merayap sorang-sorang. Tengok bajulah. Tengok seluarlah. Dekat 3 round saya pusing bangunan tu sorang-sorang. Mama saya tak habis-habis lagi. Saya patah lagi, cari barang. ahha. Memang shopholic. :b

Last-last, dengan berbekalkan duit RM50. haha. 50 jee. Saya dapatlah 4 helai baju. Dan, seluar goggles tu, saya suruh mama belanje. hehee. :)

Ha, baju kali ni semuanya agak besar ye. Tak mahu sexy2 dah. :) okay?

Err. Masa saya tengah tengok-tengok barang-barang tu, saya TERtengoklah lelaki ni cakap-cakap dengan perempuan ni. Customer dia, cina. Dia macam mengugutlah customer ni beli barang. Saya tengok kesian kat customer cina tu, tak tentu arah. Sama ada nak beli ke tak. hahaa. Then, saya macam tersenyumlah kan. Yela, kelakar tengok memek wajah cina tu. Kemudian, bila saya lalu dekat promoter tadi, dia cakap macam berbisik dekat je dengan telinga saya, comellah adik.. Jadi, secara automatik  muka saya terus je panas tiba-tiba. Tak guna punya lelaki, berani dia dekat dekat dengan saya! Dan, saya terus berlalu tanpa menoleh lagi. Takut punya pasal. 
           
me,ika
                                                                                                                                 

No comments: