gambar dari mr.google
Haha. Macam mana saya yang baru tu ye? Mesti tertanya kan. Saya pun tertanya macam mana saya yang baru. Tempoh satu tahun cukup memberikan pengajaran kepada saya. Walaupun bukan kesemuanya, saya sedar, bukan semua orang yang baik itu baik, dan bukan semua orang yang jahat itu jahat. Dan, persepsi saya telah betukar.
Betul orang kata '' Dont judge book by its cover''. Tapi, rasanya memang adat hidup di dunia. Semuanya perlu berhati-hati, tak kira orang baik pun jahat. I think, dan memang seharusnya solat dan doa itu penting untuk melindungi kita.
Sekiranya diterima dugaan? Ohh, macam saya hadapi sekarang ini? Saya pikir, saya perlu tempuhinya juga. Along kata nama saya Atiqah, jadi saya mesti hebat di antara mereka,iaitu adik beradik saya. Bolehkah saya menjadi hebat? Insyaallah.'' Allah tidak menduga jika hambanya tak dapat menerimanya'', kata-kata tu selalu saya pegang sebagai pedoman hidup. Dan, saya selalu ingatkan diri, yang saya mesti tempuhinya juga.
Walaupun diri kadang-kadang terasa lemah. Saya mesti kuatkan semangat. Ini baru cabaran yang kecil. Masih banyak lagi cabaran di luar sana. Inilah dinamakan asam garam kehidupan.
No comments:
Post a Comment