Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.
Showing posts with label diary time. Show all posts
Showing posts with label diary time. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

TQ all, for my happy birthday. :)

Haihaii. Ouh hari ini, hari jadi biasa biasa aja. Takde yang special. I tak ada pakwe yang sudi nak bawak jalan-jalan, buat candle light dinner. haha! Berangan lebih.

Tapi, I ada rakan rakan seperjuangan dan keluarga yang tercinta yang ingat kat I. Ouh, they are so sweet. Kiranya diorang pengubat rindu saya laa. Macam-macam orang saya call, rindu kat diorang. Dan, mulalah diorang cakap ouh sombong ko yer. Baru nak telefon aku, yela dapat credit free la katakan. haha! Saya pun jawablaa, alaa, I tak berduit laa, I kan penganggur, hehe

Err. Lepas tu, ada kawan blogger ni, dia bagi ni kat saya, sweet je dia, hehe. klik sini

Kakak saya pula, bagi wish ni. Adeke dia kata saya gemuk. Maklumat lanjut, klik sini. Jahatnyee...

Okay, yang lain-lain tu, terima kasih yee. Yang mana saya tak sempat ucap terima kasih tuu. :)

Byebye... Love all. :)

Tuesday, April 27, 2010

Tagged me.

Err. Terima kasih buat cik arfah kerana mentag saya ye. Agak lambat saya memgepostnya. Otak blank laa. haha


"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
What is your name :
Wan Nur Atiqah Bt Mior Sharifuddin

A four Letter Word :
Waww. Err. Pangilan teruja ye.

A boy's Name :
Wira-wira negara Malaya
 
A girl's Name :
Wirawati plkn. Aiseh, asal tak dapat plkn!
 

An occupation :
Wonderpet. Ape yang penting, kerjasama.

A colour :
warna warni. Ouhh, actualy pastel ye. Look sweet. :)

Something you'll wear :
Wey! saya tak tahu nak jawab. Sekarang tengah.... err... -_-''

A type of food :
Western food laa. haha!

Something found in the bathroom :
water! no water no mandi-mandi okay! :)

A place :
world of me. err. tak wujud pun, nnti i bikin.
 

A reason for being late :
'walaweyy'(ayat junior tahun lepas), sori-sori.
 

Something you'd shout :
Wan!! hahaha. name aku ni. :DD
 

A movie title :
wonderpet je lah, malas pikir!
 

Something you drink :
watermelonn juice. sedap! nyumnyum
 

A musical group :
wii??? ahh, tak suka apa-apa.


An animal :
ahh, ni nak tukar huruf, nak CAT jugak. tak kira.
 

A type of car :
wak segan tu laa. haha
 

A type of fruit :
nak pisang! haha. bnyk ingar arahan ni. hehe

sape-sape nk jawab, silakan. otak i penat!

Monday, April 26, 2010

mari berbedak sejuk. :)

Yuhuu. :))

Assalammualaikum and nite nite all. : D

Hari ni, saya takde banyak story morry aa. Cuma, hari ni telah terhasil akaun bank yang ketiga. kekekehh. :)
BSN, ouhh. bukan saja-saja nak bukak okay, cuma nanti kan nak masuk matrik, jadi, kene bukak untuk memudah kan urusan. Urusan dapat duit. haha! :))

Okay, akaun bank- check. Tinggal nak tunggu baju kurung saya lagi 2 tu nak siap. Cik Som buatkan, ouh, mesti lawa nanti. Jahitannya sungguh kemas okay? Puas hati laa.

Then, barang-barang keperluan weekend la beli. Malas malas. Harta i tak banyak. huhh!

Sebenarnya dah lari tajuk kan? haha. Mari cerita pasal bedak sejuk ni. And, apa kelebihannya kan? Ouh, you all main ke bedak-bedak sejuk ni? Kalau tak, cuba cuba. Its good okay. :)

Okay firstly, sure la bedak sejuk ni untuk mencantikkan lagi  muka yang sedia ada. Jadi, double pretty la nanti. :)

Then, bila pakai, kulit muka kita akan terasa tegang kan? Nak gelak pun tak boleh.-_- . Jadi, kita nampak macam terlebih muda laa. hehehe. (Percayalah cakap saya)

Bedak sejuk ni pun dapat mengurangkan kadar minyak dalam kulit kita. Jadi, jerawat pun tak tumbuh la kan? hehe.

Selain tu, kulit muka lebih licin, ala-ala baby gitu. Dan, banyak lagi  faedah yang lain sebenarnya. Malas nak type. :b

Okay, let see me in bedak sejuk. Awww...


macam hantu pocong pulak den tengok. hahaha

Sunday, April 25, 2010

cerita di astro

Hmmm. Kenapalah tak ada cerita yang menarik hati sekarang ni kat astro? Haaiihh. I bayar u mahal tau. Hehe. Tak laa, my father yang bayar. :b Dahla cerita ulang dekat 4 ke 5 kali? Aduhh. Sakit betul. Sampai boleh hafal dah skrip dan jalan cerita tu. Kalau 1, 2 kali tu maybe la boleh terima. Kenapa, duit yang kami bayar tak cukup ke nak buat cerita baru? Cuba buat cerita-cerita best, mesti saya melekat je kat tv, tak main pun laptop ni. Siyes! Lagi-lagi kalau macam cerita adamaya. Ouh, sweett. :b

Lagi, Bila on tv je, tak habis habis keluar klip video klip klip 2010. Ni lagi overdoes tension. Asyik-asyik muka Mila, Aril, Akim, Stacy and Adam, apee? bergabungg, meletup? adoii!. Kalau yer pun nak mensupportkan lagu tempatan, tak payah lah 24 jam nak bukak lagu yang sama je. Cuba la bukak lagu lain jugak okay? Sebab, saya layan indie je kot. Lain tak best. Muhahaha.

Saya bukannya apa.(cehh, ayat) Cuma, malam untuk kami satu keluarga berkumpul makin tipis. Yela, cerita tak seronok, semua lari masuk bilik. Kan ke tak best macam tuu? Patutnya, kalau menonoton sama-sama kan boleh mengeratkan silaturahim. Kann? Lagi-lagi, part air mata, banyak orang kecundang. Dan, saya tukang gelak je. haha! Bye.

Saturday, April 24, 2010

away to baby fair

Assalammualaikum dan selamat malam.

Hari ini saya kan.. pergi baby fair dekat PJ. Ramai gila orang. Sesak sangat. Nak jalan tak boleh. Nak bergerak tak boleh. Nak merangkak lagi la tak kann? hahaa.

Sampai MC baby fair tu suruh orang ramai yang berkunjung di situ tunggu di luar pagar selama 10 minit bagi menenangkan keadaan. hahaa. Kaya gila kan sapa yang jual harini. Mungkin untung berjuta-juta kott.

Ouh,ini dia gambar sewaktu di sana. Check it out. :))

Ini laluan ke tempat baju-baju ye. Tapi, baju dah habis. Ramai orang ambil sedozen. huhh! Terlupa pula saya nak tangkap gamba pakcik dan makcik yang melipat-lipat kain kat situ. Ehehe. :b

Secara kebetulan, terserempak pulak dengan member lama, Hanim. Dah lama tak jumpa kott. Miss you, yaww. :DD alamak, tingginye ko hanimm.. ishh.


Ini anak buah Hanim. Cute tak? hehe. Ada muka Hanim kee? haha

Ha, ni lah gelagat orang kat sana. Pilih kak jangan tak pilih.

Pempers untuk anak buah saya. Uuu aii. Banyaknyaa...

Botol susu baby, comel comel.. Ishh.. Murah pula tu.. Bila saya nak ada baby ni? ahhaha. Gatal ehh.


My sis, dah penat kee? Ni tunggu hari je nak dapat baby ni tapi sempat lagi nak shopping tuu, Aduii. Saya la jadi kuli dia. Sian tak? haha

Masa nak membayar. Beratur ye, beratur. Sabarr..


Ouh, sebelum terlupa, besok ada lagi babyfair ni. Sapa yang nak dapat baby tuu, berkunjung aa kat sini. Murah murah kot. Tapi, apa yang penting, berjimat cermat yee. Jangan naik gila macam kakak saya tadi. hahaha!


Thursday, April 22, 2010

i love u. :D

Ouh, hari ini saya ada dapat mms dari Zila. Ntah kenapa. Tiba-tiba dia bagi saya mms. Saya pun pelik laa kan.

Tersangat pelik. Ingat nak bagi gambar kitaorang waktu dulu-dulu tu, terkenang masa kat DSA dulu.

Tapi... Dia bagi ni...


Hahaa. Jiwang juga Cik Zila ni yer. Hehee. Ape-ape pun terima kasih yee. Friends forever! :))


nota kecik: semalam saya mimpi dia. ntah kenapa tiba-tiba dia muncul dalam mimpi saya. dalam mimpi tu, kami hidup berjiran. dia baru je pindah. jadi, dekatlah kan. rumah ala-ala kampung gitu. dalam mimpi tuu, saya ada pergi rumah dia, nak hanta kuih. (hahaha. kuih ke cik akak?) kemudian. saya terlihat pintu rumah tu tak tertutup. kat ruang tamu tu, ada la family dia tengok tv sama-sama. saya tengok jugak, ada perempuan sebelah dia. very close. then, diorang macam terkejut. saya pun lari laa, balik rumah. sedih kut.haha. kemudian, dia hanta mesej kat saya yang dia taknak mesej saya dah. yela, saya terimalaa.

tulah, saya taknak terima dia lagi, sebab saya takut benda kat atas ni berlaku. saya ni kan emosi lebih. jgn salahkan saya. wakaka.




mencemar duli.

Err. Okay yaa. Hari ini saya akan mencemarkan duli saya sebagai wan nur atiqah yee. Hahaa. Tulah gatal-gatal nak main chess dengan orang kebangsaan lagi. Kan padan muka. -_-'

Tadi, tepat pukul 1.00 pagi saya telah meninvite kawan blogger saya. Kawan kee? Err, yelah kawan. Baru berapa jam jee. Hahaha. Saya ajak dia main chess. Ade ke patutt? hahaa.  Sure sure la saya kalah. Adoii. Takpe-takpe, experiance makes me better in one magics day. haha

Okay, Saudara Faiz, anda memang tererr gila. Sampai daku kecundang di tangan lelaki lagi. haha.
Btw, thanks lah ye sudi melayan permainan chess saya yang kurang hebat ni. Sekian.

Sobb.Sobbb.(nangis)






Wednesday, April 21, 2010

haihh. JPJ oi.

huhhh!

Saya bengang gila harini. Saya kan amik test JPJ. Part parking and everywhere semua okay. Tapi, part dapat JPJ yang garang, memang tak boleh blah laa. Saya ni kan mudah gentar! Tak puas hati betul. Asal semua JPJ garang? Tunjuklah muka manis anda tu. Bukankah senyuman itu satu sedekah pakcik oii..

Lagipula, dia yang hebat sangat tu kata saya memandu dengan berbahaya. Bayangkan? Muka saya nak memandu dengan berbahaya? hah! Tak patut betul. Lain kali saya sumbat kereta kancil ni dalam trak lori baru tahu. Itu baru di namakan bahaya. Dan, kita sama-sama masuk hospital. Nak ke?

Dan lagi, dia yang macam poyo tu menjawab soalan saya dengan bongkaknya. Alahai, JPJ je pakcik. Bukan, Perdana menteri. huhh! Geram sangat. Tolong cool kan saya.!

Dahlahh, nak blah ni. Kene amik intertement kejab. Tenangkan hati!


me,ika

Tuesday, April 20, 2010

jangan kata. taknak dengar. -_-

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Saya baru je bangun tidur ni. Mata pun tak bukak sepenuhnya lagi. Tapi, dah berlari-lari mendapatkan komputer kesayangan untuk menulis. Saya masih busuk busuk ni. Jangan bau! Nanti pengsan. haha! Acah je, saya wangi la. Hishhh..

Okay okay, hari ini saya nak menceritakan mengenai insan yang rapat dengan saya suatu masa dulu. Tapi, sekarang, tolong katakan TIDAK ye. Saya nak belajar dulu. Saya nak kumpul harta banyak banyak. haha. Maknanya, ILMU ye sayang. :)  Bak kata. eer. masa saya belajar form 3, bahasa arab, buku tu cakap, ehh. bukan. Buku tu ada tulis  carilah ilmu dari ayunan buaian hingga ke liang lahad.

Macam ni kott bunyi ayat tu, saya lupa. hahah! Tapi, apa-apa pun ilmu adalah penting ye kawan-kawan. Jangan malam-malas! :))

Okay sebenarnya saya bukan nak buat iklan budaya membaca yang Cikgu ......... selalu buat tu. Mainkan lagu budaya membaca tiap kali rehat. Takde lagu lain ke? Penat tiap-tiap hari dengar lagu sama. Ulang-ulang pulak tu. haishh. Pengsan.  Saya nak ceritakan pasal mereka. Siapa mereka? Sebentar lagi anda tahu ye. Sabar. Cool je. Saya tak lari mana lah. hehehe.

Semalam, mereka-mereka ini telah bermain jiwa dengan saya. Adeke patut? Patutlaa. Saya kan supergegell. haha. Perasan noo. I cubit u tahulah. haha. Ok-ok, taknak main-main dah. Serius. -_-' Ahai, muka serius ke ni? Layan jela.

Firstly, my adoubted brothers la konon. Apa-apa je la. Err. Dia macam pelik sejak dua tiga menjak ni. Kenapa ya? Macam dah jatuh hati kat saya? Kesian hati dia jatuh, cepat tolong kutipkan. haha. Gurau je.
Err. Bukan macamtu, memangla hubungan kami yang tak rasmi ni dah lama. Since 2007 kot. Lama tak? Lama la tuu. Eee. Tapi, dia cakap dia dah ada makwe. So, saya cakap pulak saya dah ada pakwe. Yang padahalnya takde, saje coverline, kate yang saya ni LAKU jugak laa. haha. kan?kan? mana boleh mengalah. haha. Tapi, yang peliknya. Mana makwe dia? Ntah-ntah dia tipu jugak! Pastu, sekarang macam nak bermesra dengan saya. Memang tak la, cik abang. Saya tak suka merampas. hohoo. Kalau anda menipu, nasib anda laa. HAHAHAHA (gelak jahat)


Secondly, dengan my ex schoolmate. Ouh, dia memang hensem. haha! Dululah. Sekarang tak, jangan nak perasan. hahaha. Err. Dia ada cakap lagi semalam. Thats word. Saya nak, tapi, tunggu la. Saya belajar habis habis dulu. Baru kita bincang. Sekarang kita kawan bak teman tapi mesra je dulu. Dahla type mesej in chinese. Pikir saya paham ke? Adoii. Tapi, saya tak tahulaa. Err. buat pandai je la dulu. Malas pikir.

 ohh.hensemnya mamat ni. i love u laa. haha. :))

Bukan apa. The most thing, i realise la. Yang laki ni nak seronok je lebih. kan? kan? Then, mana boleh bagi percuma. Mana ada 100% lelaki  yang menjaga batasan hukum agamanya. Ececeh. Jadi ustazah pulak. haha. Semua milik bakal suami ye. Walaupun sape-sape ada janji dengan anda, jangan mudah terpedaya. Men word. So, hargailah diri anda. Ingatan ikhlas dari ika. Ingat tu. Kalau diorang ada gatal-gatal, baca ayat kursi kuat-kuat. Biar dia terdiam. hahahah! Sebab apa terdiam? Setan telah terbakar laa. haha.



Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh, hidup di dunia sebagai seorang perantau. Jadi, carilah jalan yang lurus yang telah diredhai oleh-NYA. Insyaallah urusan anda akan dipermudahkan. Mudah-mudahan begitu. Aminn.



okay laa. no more talk. tatata.muahmuahh. :)


me,ika

Sunday, April 18, 2010

be a babysitter

Assalammualaikum. :)

Err. Hari ini saya penat. Jadi babysitter kepada dua orang budak kecik. Adly dan Arief. Adoi. Pening kepala. Walaupun saya tak jaga sangat. Saya tetap penat. Banyak je adegan atau kerja-kerja sambilan yang diorang buat. Lebih-lebih lagi si Adly ni.

Ada je benda yang nak di mainnya. Semua di punggah. Semua merata-rata tempat. Apa dia yer merata-rata tu? Err. Ntahla macam-macam. Tapi, biasa la budak-budak. Bak kata ayah saya. huhu

Tapi, part yang tak bestnya. Kena basuh berak dorang tu. Euww. Tercemar tangan saya! Tak sanggup nak bukak mata tau. Saya blink blink je tengok taik ade kat tangan. ~_~ Then, jerit! hahaha! Teruknya saya ni.. -_^


Ha, budak kecik ni dah nangis. Kena marah dengan Asu dia. haha! Tulah, main campak barang kat Asu lagi.



Ouh, ni si Arief. Dia nak jadi superhero dengan menteteramkan keadaan abang dia. Tengok tu, tangan dia bagai menepuk - nepuk bahu abang dia tu. :)



me,ika

memori bersama budak-budak sheikh ahmad, seremban

Masa di depan SMK Dato' Sheikh Ahmad la ni. Masing-masing teruja sangat. Sebab dah lama tak singgah sini. Hehe

Lawa jugak sekolah saya dulu ni. Err. yang model-model depan tu pun lawa-lawa jugak ye. hahaha

With Kak Nani, my beloved warden. :)

Tangga ni sape tak kenal. Tangga kegemilangan kami. Ala-ala tangga Batu Caves gitu. hehe

Ouh, ini di Dataran Seremban. Ramai orang kutuk gambar ni. Mereka cakap kami macam warga asing yang datang bercuti di hujung minggu. Sampai hati.

Ni gambar sebelum pulang. Masing-masing macam sedih. Ntah bila jumpa lagi kan. Tunggu korang kahwin kut. hehe

Okay, sampai di sini je. Tatata, :DD



me,ika

Saturday, April 17, 2010

diary 180410

Assalammualaikum. :)

Saya baru sahaja menukar penampilan blog saya. Ape macam lawa tak? hehehe. Tapi, tulaa. Link kat atas tu hilang pulak, nak tambah tak pandai. Macam mana erk? Sapa tahu? Ajarkan boleh? Nanti saya belanja askrim. hehe.

Sebenarnya saya baru sahaja balik dari makan seafood dekat Bagan Lalang. Hehehe. Kenyang sangat. Ha, lepastu, saya cuba makanan baru. Saya makan pepahat. Saya tak pernah makan. Uhuukk. Kunonya. Hahaa.

Pepahat tu macam ulat besar ataupun macam cicak. Tapi, saya belasah habis satu pinggan. Hahaha. Yela, takde sape yang nak makan. Saya makan laa. Saya memang suka benda-benda macam ni. Hehe. Pelik dan ajaib. -_-


Err. Okaylah. Gtg, byebye. Hari ni kene tidur ngan Adly pulak. Jaga dia. haha


me,ika

Friday, April 16, 2010

diary 170410

Assalammualaikum. :)

Dah pagi dah pun. Saya mengadap lagi komputer ni tanpa segan-segan. Tanpa, malu-malu. Tengok bertapa setianya saya. Bak kata akak saya, Sheila tu, kalau komputer tu boleh cakap, dia suruh saya berambus. Sebab penat sangat. Siang malam asik belek dia je. Takde kerja lain. Haha. Betul jugak kan. Nasib baik engkau tak boleh cakap en. komputer oi. Memandang kan engkau ni laju gila, saya suka la belek-belek engkau. Tak baik tak berbakti kat tuannya ni. Muahaha. :)

Dengan ini, banyak maklumat yang boleh saya dapat dengan free. Err. Yang duit saya tak keluar laa. Kalau mesej, call kan mahal. Nak nak saya ni jenis boros. Tak elok tuu. Kalau internet kan ayah saya yang bayar kan. Hehehe. Syyy. Jangan bagitau ayah saya pasal ni. Rahsia kita tau. :))

Err. tadi saya dapat matrik. Hati gundah gulana. Nak pergi ke taknak. Sekarang ni saya tunggu ipta, kpj, kplspm dengan politeknik je. Feedback dorang membuatkan saya tak tenteram laa. Lamanya. Nak nangis ni. T_T

Tapi, kalau saya masuk matriks kan? Apa faedah dia ey? Boleh pergi oversea tak nanti? hehee. Err, takpayah la. Nanti homesick pulak daa. Susah susah. Saya kan anak manja. cececehh..


Kan susah kalau macam ni. Hahaa. :DD

Err. Okaylah, type-off dulu. Nak tidur dengan mak saya. Jangan jeles. hehe. :)


me,ika

mereka.

Assalammualaikum dan selamat petang. :)

Saya kini teruja sekali lagi. Hahaa. Gila betul. Saya baru je join gengblogger. Ouh, mereka friendly gila. :DD
Kini, saya taklah macam sunyi sebab ada teman blogger kan. :) Lepastu, banyak pulak maklumat yang boleh saya kutip kat mana-mana blog nanti bila saya jalan-jalan. hahaa. By the way, thanks you all. Sokonglah saya! haha!. ~_~

 Clik gambar untuk di perbesarkan. Jadi, anda bolehlah baca. heheh

Ni dorang bagi kat saya. Saya nak balas macam mana ehh? ape-ape pun terima kasih. Nanti saya singgah sambil makan biskut kat blog korang. ^_^


me,ika

Thursday, April 15, 2010

maggie time

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Perut saya belum di isi dengan sebarang makanan. Lalu, ia pun berbunyi. Krrookk. krook.. Saya pergi dapur. Dalam hati cakap, haishh. malasnya nak masak. Mata melilau mencari makanan yang cepat dan kenyang. Dan, ternampak lah berbungkus bungkus maggi di atas rak. Saya pun tersenyum dan melaungkan ayat ni 'Haa, maggie time!' hahaa.

Ouh, maggi saya sudah siap. Bersama air laici kotak yang saya beli semalam. Kan cepat tuu. Perut pun kenyang. Muahaha. Jemput makan jum. ^_^


me,ika

Tuesday, April 13, 2010

hari jadi mama.


Besok, 14.4.2010 merupakan harijadi mama yang ke-54. Waa, mama saya dah semakin bertambah umurnya. Harap harap, mama dimurahkan lagi rezeki, kesihatan bertambah baik dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn. Ika sayang mama sangat sangat. Walaupun, saya ni suka buat mama sedih. Biasalah, budak muda. heheehe. :)

Tadi, saya dan Eila telah berpakat memberi hadiah kepada mama. hehe. Yela, esok mama kerja. Balik pun lewat. Jadi, kami telah dihadiahkan oleh mama sebuah ciuman kasih sayang. Aww, i love it. :) I always love u mum, forever and ever. And, for my dad, jgn jeles. Nanti, harijadi bapak, dapat juga hadiahnya kan? hehe. Tunggu le bulan Ogos nanti. :))


me,ika

i dont care



Assalammualaikum dan salam sejahtera. :))

Gambar di atas, tiada kena mengena ye. Sekadar pencuci mata. :D

Hari ini tiada apa yang menarik dalam diri saya. Sungguh membosankan. Hanya membazirkan masa di atas katil dengan menutupkan mata selepas membaca sebuah buku. Sebuah cerita yang mencuit hati. Mengenai seorang perempuan dan cyberpetnya. Cyberpet yang live. Hahaa. Kalau saya, saya mesti teruja bila ade cyberpet sebegitu rupa. Yang paham akan perasaan saya. Kan? kann? Seronoknyaa. *_*

Cyberpet tak lah menipu macam teman-teman saya. Kesian saya asik kene tipu je. Malaslah saya nak berkawan lagi. Serik kott.

Errr. Saya boringlah. Apa lah saya nak jadi ni. Cepatlah masa berlalu, saya malas nak membazir masa lagi ni. Huhhh. Tiap tiap hari sama. -_-



me,ika

Monday, April 12, 2010

today.

Hari ini, saya bangun awal. Pukul 6.30. Pastu, tak tidur balik tau. Mungkin kerana semalam saya tidur awal dan kesejukan aircond yang mengamit tubuh saya pagi-pagi membuatkan saya begitu tidak selesa. Asyik asyik bersin. Last-last, saya pun bangunlah menunaikan solat Subuh. Lepas tu, saya turun bawah, membasuh baju-baju sebanyak 2 bakul. Banyaknya. Kiranya saya ni ajk dobi la. Hahaha. Lepastu, saya kemas-kemas sikit. Pukul 2, saya pengsan sampai pukul 4. Teruknya.

Err. Hari ni, saya tak makan nasi lagi tau. Cayalah. hahaa. Berat badan saya naik gila kut. Kuruskan badan, kuruskan badan ye. Saya nak exercise, tapi saya takutlah sorang-sorang. Dah la takde kawan kat sini. Takut satu hal, boring satu hal. Sorang-sorang kan? Huhh. Tulaa, saya pelan gemuk ni. Adush. Jatuh imej saya. -_-'

me,ika

Saturday, April 10, 2010

x-ray

Assalammualaikum dan salam sejahtera. :)

Hari ini, saya pergi berjumpa dengan doktor x-ray gigi di Seremban. Bangunan kat situ sungguh antik. Tapi masih lawa dan nampak mewah. Tapi, laluan di Seremban itu terlalu ramai orang asing. Saya berasa begitu takut. Macam tak selamat. Dan, sememangnya saya ambil langkah berjaga-jaga. Kacau saya, saya kick dorang tu. ahaha. ~_~

Tapi, yang bestnya. Tempat x-ray tu bergerak-gerak mengelingi saya. Fuyoo. Hebat. Saya pun jakun jelah tu. heehe. :b

Ni keseluruhan gigi saya. Ada 4 batang gigi tak tumbuh lagi. 
Ni pandangan sisi. Tengok bertapa berisinya saya ni kan.
Ni gambar yang lebih besar

 okay lah. tujeh. tatata~ :)

                                               me,ika