Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Wednesday, December 29, 2010

kotex WOW

Wahai penduduk alam maya sekalian, jika anda tak keberatan, undilah saya di kotex wow. Tekan saja gallery, click most popular, page 3. Ouh, sapa yang undi, saya sayang kalian :D

 link:
http://apps.facebook.com/createyourwow/artworks/gallery.php

Thursday, December 23, 2010

elektrik dibadan semakin kuat.

Kuasa elektrik kat badan aku pelan lama pelan kuat dan semakin aktif. Dan,apabila aku pegang Eila(kakak aku), aku selalu terkena kejutan elektrik. Aduh sakitnya. Kalau tiap-tiap hari macam ni, lemah jantung aku. Asyik terkejut je.
Haa. baru-baru ni pun, aku ada terkena kejutan elektrik, bila nak bukak pintu dekat Midvalley tu. Apa, dia punya tempat pegang tu banyak besi ke? haha. Taubat taknak bukak lagi, orang yang takde cas elektrik, nanti tolonglah bukak pintu untuk saya ye.

Aku taktahu kenapa benda ni berlaku. Minta tolong bagitahu.

Wednesday, December 22, 2010

mp4 aku

Yeah,akhirnya. Dapat juga aku mp4. hehe. Ayah aku belikan kat aku kat Midvalley tadi. Terima kasih ye bapak. Baru ada semangat lebih nak belajar. kekekehh. Propa ye tak? :D

Tuesday, December 21, 2010

menangis dalam hati

ya allah,kenapa macam ni. tak serik kah dia?

nak jadi mata panda apa

                                                         terima kasih pakwe googles

Malam-malam tidur lambat. Siang pun bangun lambat la jawabnya. Badan pun lambat kurus nanti tau. hehe.
Sekarang boring, dah takde kawan nak mesej. Walaupun aku tak suka mesej sangat. Aku suka baca mesej oramg yang bagi kata aku. Tapi, tak balas.hehe. Aku memang begini. Jadi, untuk menghilangkan bosan saat ini, apabila bershopping, kedai buku,sasaran utama. Banyak juga belanja beli buku, tak apelah,dari membeli topup,habis macam air. Purata sehari RM10. Kalau sebulan tak RM300? Kalau buku, seminggu baru RM20. Sebulan, baru RM60-80.Buku boleh simpan. Topup? huhh. Lupakan jelahh.

Aku rasa macam kesal dan hiba sekarang, pinjamkan bahu anda boleh?huhuuu.

Sunday, December 19, 2010

Saya yang baru

gambar dari mr.google

 Haha. Macam mana saya yang baru tu ye? Mesti tertanya kan. Saya pun tertanya macam mana saya yang baru. Tempoh satu tahun cukup memberikan pengajaran kepada saya. Walaupun bukan kesemuanya, saya sedar, bukan semua orang yang baik itu baik, dan bukan semua orang yang jahat itu jahat. Dan, persepsi saya telah betukar.

Betul orang kata  '' Dont judge book by its cover''. Tapi, rasanya memang adat hidup di dunia. Semuanya perlu berhati-hati, tak kira orang baik pun jahat. I think, dan memang seharusnya solat dan doa itu penting untuk melindungi kita.

Sekiranya diterima dugaan? Ohh, macam saya hadapi sekarang ini? Saya pikir, saya perlu tempuhinya juga. Along kata nama saya Atiqah, jadi saya mesti hebat di antara mereka,iaitu adik beradik saya. Bolehkah saya menjadi hebat? Insyaallah.'' Allah tidak menduga jika hambanya tak dapat menerimanya'', kata-kata tu selalu saya pegang sebagai pedoman hidup. Dan, saya selalu ingatkan diri, yang saya mesti tempuhinya juga.

Walaupun diri kadang-kadang terasa lemah. Saya mesti kuatkan semangat. Ini baru cabaran yang kecil. Masih banyak lagi cabaran di luar sana. Inilah dinamakan asam garam kehidupan.

roda di bawah sekarang

Sekarang roda saya di bawah. Tiada lagi kata gagahan. Kata semangat. Saya kesal. Inikah di namakan sebagai dugaan? Sejauh mana saya mampu terima? Saya juga manusia. Kenapa manusia sungguh kejam?

Monday, September 6, 2010

kenangan hari raya

Salam. Mood raya sedang bertandang. Semua orang sibuk dengan persiapan raya. Tak lupa juga aku, yang asik shopping + window shopping 24 jam. Raya tahun ni, aku dapat raya bersama- sama sedara maraku di Perak. Seronoknya. Dah lama kami tidak berkumpul bersama-sama. Mungkin raya tahun ni dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara kami. Mudah-mudahan begitu hendaknya. :)

Tapi, aku rindukan suasana aku semasa kecil dahulu. Dapat bermain bunga api, dapat main sorok-sorok, masak-masak, main buaian kat rumah Wan Nyah, hahhh. rindunyaaa. Kini semua tu dah takde, Wan Nyah pun dah berpindah. Lagi, Anis pula rindukan katil besi Pah. Pagi-pagi kami akan menahan kesejukan yang teramat bila tidur kat situ tau. Ouhh, aku jugak merinduinya. Pernah aku cakap kat mak aku yang aku nak katil macam tu. Nampak antik dan menarik. Sekarang mana nak jumpa dah katil macam tu. Hah, Awan Dania ada kut katil tu, tapi yang Pah aku punya tu besi. :)

Errrm, raya tahun ni, aku dah ada 6 orang anak buah. Wowww. Semakin tua rupanya aku. Dan, sememangnya aku merindui waktu dahulu...

Friday, August 20, 2010

in a new mood

Salam. Hi all. :D Now, i feel really fresh because i had done my test. Yahoo. But the result? O oouhh. Don't judge it. Don't say anything about it. Just relax young dear.^_^ Just now, i went to Midvalley and its really tired okay. Hahh, my daddy's present. I dont know what kind present i want give to him. Thinking for a while. Hurmmm. Errrmm.... Ntahh. I'm totally blurr. Tomorrow, i'll continue think about it yahh. Now, i want to sleep. Zzzzzz.

Friday, August 13, 2010

selamat menyambut bulan ramadhan.

Assalammualaikum. :)
Hye. Kat sini Cik Ika nak mengucapkan selamat berpuasa buat kaum muslimin di planet BUMI ini ya. Semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Ehemm. Sekarang, Cik Ika sangat penat dan penat. Tak tahu lah kenapa. Sakit pun mudah menyerang. Tapi, Cik Ika COOL kan hati. Melawan balik. Taknak susahkan sapa-sapa la katakan. :b 

btw, happy fasting day. :)  puasa penuh eh

Sunday, July 11, 2010

UITM KP,N9.

hailoo semuaa. :))
ik kene tunggu
Haihh. Dah lama tak menulis kan?? Rindu takk? Rindulah rindulahh...

Sekarang Cik Ika kat UITM Kuala Pilah tau. Untuk pengetahuan semua. Cik ika berhenti dari matrik dan buat keputusan yang agak 'pandai' mengambil pra diploma sains kat sini. Cik Ika nak jadi ahli-ahli medical imaging. Doakan Cik Ika yee. (^_^)

Suasana kat sini? Hmmm. Penat jugak. Sebab asyik kene tunggu bas je kann. Tapi, tapelah. Jadual dia tak pack macam kat matrik. And, lagi best kott. :)) Rasa macam besar sikit walaupun badan kecik-kecik. hehe.

Errr. Okaylahh. Nanti Cik Ika menulis lagi. Kerja Cik Ika banyak tak buat lagi. Pensyarah boleh tahan garangnyee.

Monday, May 31, 2010

tak nak pakai phone

haha! okay, dengan ini cik ika mengumumkan yang cik ika malas nak pakai phone. buang duit cik ika je. dah lah minggu ni je dah spend seratus lebih. huhh!

Sunday, May 23, 2010

4 day left.

okay, alhamdulillah. lagi 4 hari cik ika nak pulang ke pangkuan ibu bapa cik ika. haha! cuti wesak yerr. :)

hmmmm. cik ika bergaduh ngan someone ni. sorilah ehh. cik ika tension. bila cik ika mesej, taknak balas. kalau tak mesej, marah pulak. kat sini takde kes nak membalas dendam ke ape ehhh. ini isu semasa yang masing-masing kena faham, walaupun geram plus marah berbuak-buak.

lagi, cik ika tak tahu keputusan cik ika ni betul ke tak. cik ika selalu baca kat dinding-dinding kmm ni, TO HAVE SOMETHING, U HAVE TO SACRIFICE SOMETHING. Alahaii, betull ke ni? Cik ika pun tak tahulah. Cik ika konfius. Lagi-lagi, duit cik ika bukan nya banyak nak bertopup-topup ni. Jadi, insyaallah, ianya betul. Dan, Cik Ika akan berusaha bersungguh-sungguh.

Cik Ika nak bangun pagi, pukul 4. Nak belajar. Tapi, Cik Ika takut. Cik Ika tak biasa lagi dengan suasana kat sini. Bila Cik Ika bangun, Cik Ika buat alarm lagi 5 minit lagi. HAHAAHA.

Okay, tu jelaa. tatata! ^_^



p/s:cik ika frust sangat ngan awak!

Thursday, May 20, 2010

lompat macam katak.

hallo.:)

Pembelajaran sekarang semakin pack dan padat. Cik Ika tak dapat sangatt nak catch up. Laju sangat kutt. Then, Poly, rommates Cik Ika akata yang penyarah dia ajar macam katak. Lompat lompat dan lompat. Sampai membuatkan dia tak paham. Haha. Yekerr? Then, dia cakap lagi yang penyarah tu mulut macam machine gun, talk and no stop. Hhaha. Poly poly, kerja u kutuk orang je ehh. ^_^

Bagi pendapat Cik Ika, Cik Ika sabenarnya mensetujui kata-kata Poly tuu, sebab memang kebenaran pun kan. Dah la Cik Ika ni Blurr Blurr orangnya. Macam mana nak catch up ehh? Please help Cik Ika.

Friday, May 14, 2010

kmm day in, :)

Assalammualaikum dan salam satu malaysia(ayat ni selalu Cik Ika dengar kat Kolej Matrikulasi Melaka)

Dengan ini penulis ingin menarik perhatian pembaca semua, haha. ayat kat KMM lagi.:)

Pembaca hendaklah membaca dengan kushuk dan tawaadu' dengan apa yang di tulis pembaca ye. Sekarang penulis yang bergelar Cik Ika ini telah berada di bumi LONDANG. Suhunya antara 34 hingga 38 C. Panas gilaa. Tapi, syukur alhamdulillah, walaubagaimanapun, Cik Ika masih bertahan di sini.

Di bumi KMM ini yang pelajarnya around 2000 orang, memang kita kena jadi muka tak malu la kan, untuk berebut ilmu. Jadi, Cik Ika jangan malu-malu lagi yer. Cheers up! ^_^

Ada pelajar dari pelbagai negeri datang ke sini. Roomates Cik Ika je dari Kelantan dan Johor. Lagi sorang kawan sekolah rendah Cik Ika, iaitu Masrah. Jadi, memang best bila kenal-kenal orang dari serata Malaysia ni kann. Group Cik Ika pulak, 24 orang, ramai jugaa. hehe.

Kat sini pula, Cik Ika terdedah dengan pelbagai orang dengan ragam yang pelbagai. Dorang memang lah ade yang superb alim. Cik Ika macam tak biasa pulaa. Sebab Cik Ika ni orangnya biasa-biasa ajaa.


Okaylah, besok Cik Ika post gambar gambar Cik Ika kat KMM ni ehh. Tatatta.. :)

online on kmm

hai hai sumee. :)

Cik Ika tengah exited gila nii. Dah lama ak pegang keyboard. Ahh. Rindu rinduuu. Rindu tak kat Cik Ika? Cakap la rinduuu... Rindu kann?? ^_^

Dah lamanya tak pos entri kan?  Harini Cik Ika online kat KMM. haha! Best tuu. Doakan kejayaan Cik Ika kat sini ye. Cik Ika baru lepas menghadiri program orentasi. penat tak terkata kutt. Malam ni Cik Ika ada program last night la kat KMM ni. Majlis penutupan. Besok Cik Ika balik. haha! Kan dah cakap, Cik Ika ni kan homesick plus manja lebih lebih. :))


Okay, kat sini memang memang lah best gila. Kawan ramai je. 2000 orang lebih kutt. Mati kau kalau nak suruh Cik Ika berkenalan dengan semua. Cik Ika bukan artis yee. Tapi, Cik Ika suka jadi orang first. kekeke.


And lastly, i hope i can be the best. Pray for me bebb. I love u all. ;)  muahhmuahhh..

Saturday, May 8, 2010

welcome home.

Hai haii. :))

Sori lama tak updates. Cik Ika sibuk sangat sangat. Cik Ika sibuk bershopping. hehe. Semalam baru je Cik Ika pergi beli belah bersama rakan Cik Ika, Nadia. Thanks to Nadia sebab sudi teman Cik Ika dan to bapak sebab hantar Cik Ika kat Jusco, Seremban 2. Ouhh, Cik Ika ada juga terserempak dengan Amalina Alias, she more beautiful now. :) Awwww..

Dan, harini Cik Ika nak tayang gambar baby. Anak buah Cik Ika yang ke-6. Waa. Ramainyaa kann? :b
Tapi, baby ni baby sulung bagi kakak Cik Ika yang ketiga. Baby girl lagi tuu. hehe. Okay okay, tengoklah gambar baby ni bagi sapa yang nak tengok. Cik Ika pun boleh lepas kempunan sebab besok Cik Ika dah bertolak ke matrik. Sempat ler Cik Ika nak menghadap baby ni puas-puas. :)

Gambar ni sewaktu kurang dari 5 jam selepas dilahirkan ya.




Okay, bila dah dapat baby, orang selalu kata, ni ikut muka ayah ni. ehh, hidung macam mak dia laa, mata sebijik macam atuk dia dan blablablaa. kan? kan? haha.

Meh meh, tengok gambar kat bawah. Baby ni ikut muka sapa eh? mak ke bapak? ke autienya? haha. tak pasal pasall. :DD Bagi komen sikitt. :))


Ni mak dan bapaknya. So, mana macam sama? hehehe. Komen yawww. :))

Thursday, May 6, 2010

seharian di kedai mamak.

Hailo semuaa..  Hari ini Cik Ika nak tayang gamba Cik Ika kat kedai mamak. Hahaha! Lama Cik Ika lepak sana. Sampai naik boring. kekekehh.

Tapi, Cik Ika mempekenalkan kawan-kawan Cik Ika yang bekerja kat kedai gamba tu dulu yerr. Cik Ika saja kacau kacau dorang. Habis begegar bangunan tu di sebabkan kemunculan kami. haha


Ni Apah. Dia sangat comel. Lembut jeh. :)) hehehe. Time ni dia tengah berhubung dengan pelanggan untuk sesi temujanji yang macam tak jadi. haha


Ni Yani. Gaya gaya rock kapak. Tapi dalam hati macam ada taman je. hehehe. Ouh, dia nak belajar seni kuliari.* betul tak eje dia? Dan, dia lah hanta kami ke kedai mamak dengan menaiki bedozer.. haha



Yang berbaju biru, Faten namanya. Kanan tu, Atiqah. Diorang memang baik. :)


Ouhh, yang betudung cokelat itu, Mimi namanya. Mimi kelihatan semakin sengal lahh. ahha



Ini pula Nadia Sudin. Otak dia boleh je keluar ayat-ayat yang tak masuk akal. haha!


Ini Cik Soley, time ni, dia tengah rancak bercerita dengan Mimi. Cik Ika tangkap candid ye. ahha




DAN, ikutilah sesi bergambar bersama kami. Dikelolakan oleh Cik soley. HAHA.(hantu cameras) :b










Dengan ini, Cik Nadia menunjukkan peace, tanda, byebye. Bertemu lagi selepas tamat pengajian.


Apa-apapun, buat saudari semua. Selamat berjaya demi mengejar cita-cita. Friends forever. Muahh. Sayang semuaa. :))

Wednesday, May 5, 2010

lunch time

Haiyoo. Sekarang dah pukul 2 petang. Sapa yang belum luch tu, pergi la lunch. Nanti perut masuk cacing pulak. Asyik bunyik krokk krookk je. haha!

Hari ini Cik Ika makan laksa asam pedas kat oldtown. Nyumnyumm. ~_~ Oleh kerana keadaan gigi Cik Ika yang kurang stabil, Cik Ika terpaksalah makan makanan yang lembut lembut je. Susahh betul. Tapi tak apalah, kena la berjuang. Hahaha! Tapi, rasa-rasanya Cik Ika mesti pelan kurus kuruss. Sebab bila lepas makan je, kene gosok gigi,dan membuat Cik Ika malas malass nak makan.


Oh yaa. Hari ini Cik Ika telah lulus ujian JPJ. Ohh, GEMBIRANYA... :))
Pak cik JPJ tu baik pula hari ini. Ohh. hari tu jahat yer? A'ahh. Haritu macam tak berhati perut.
Tapi, hari ni macam baik gila kut. haha! Nak tau? Cik Ika sebenarnya dapat orang yang sama.
Mula-mula Cik Ika doa tak nak dapat pakcik JPJ yang sama. Tapi, apa yang Cik Ika taknak tu lah yang Cik Ika akan dapat. Hahh! Cik Ika redha. Cik Ika guna tips Atiqah. Bagus jugak. Cik JPJ tu tiba-tiba hatinya selembut sutera. hahaha! Okay, tips Cik Ika, masa masuk tu bagi salam dan senyum. Dan, berbual macam kawan :))

Tuesday, May 4, 2010

bracess oh bracess.

Hailo. :)

Hari ini Cik Ika gembira sangat. Hajat Cik Ika untuk bergigi besi sudah kesampaian. Haha. Tapi, Cik Ika kena pakai yang atas dulu. Sebab atas yang kurang teratur, bawah tu Cik Ika akan pakai lagi sebulan.

Ada orang kata kalau pakai gigi besi tak cantik. Sampai ada sesi ejek mengejek kan. Ada orang kata cantik pulak. Sebab sekarang macam tradisi. Apa-apa pun pendapat masing-masing. Bagi Cik Ika korang nak ejek, ejek la, Cik Ika tak kisah. Malah berbangga. Haha. Gigi Cik Ika pula tak dipatahkan. :)) Kalau tak, Cik Ika boleh kehilangan 4 batang gigi tau, kalau pergi kerajaan. huhh.. Sakit kutt kann?.

Bracett gigi Cik Ika, Cik Ika pilih warna pink dulu. Ahahh. Begitu feminin ye. Apa-apa pun. Harap harap gigi Cik Ika cepat cepat sembuh. Aminn. :)

Sunday, May 2, 2010

Pari-pari tak datang melayang kat Cik Ika



Hahaa. Tajuk nak overr jeh Cik Ika ni. Eheeemm. Cik Ika hari ini bosan sangat. Bilalah Cik Ika tak bosan ye? Entahlaaa..

Baju Cik Ika dah lipat. Tapi belum masuk dalam beg. Beg Cik Ika nak bawak 3. Cukup tak? Cik Ika nak pindah terus kat sana, untuk tempoh setahun. Tapi, tulahh. Cik Ika ni beriya iya sangat ye? Cik Ika dah ulangkaji belum? Otak mesti blurr blurr nanti kan. Tak apelah, Cik Ika rasa, cik ika nak mula dari bawah.

Tadi, Cik Ika ada buat kuih pau. Hehe. Hebat tak Cik Ika? Kuih pau, mama yang balut balutkan. Cik Ika balut habis terburai burai. Cik Ika ni ganas sikit. Cik ika jadi tukang sediakan bahan, dan masukkan kuih tu dalam tempat kukus je. Lepas masuk, pandai pandai Cik ika je kata kuih tu dah masak, lepastu cik ika amik, sumbat dalam perut pula. Hihihii... Cik Ika makan banyak. Yela, Cik Ika yang berdekatan dengan kuih tu, apa lagi, panjang tangan lah Cik Ika. :))

Malam ni Cik Ika tengok cerita melankolik bulan madu. Mula-mulakan Cik Ika tengok hantu tu,(Nadia namanya), cantik je dia jadi hantuu. Lepastuu, ending tu, dah tak lawa dah. Sebab dia memang macam hantu betul. hehehe.

Cik Ika pun tengok AIM, ada Yuna. Hehe. Kalau dia nyanyi, mata Cik Ika memang tak kelip kelip. :)
Ada Aizat juga, lagu dia macam sedap je ni. Lagu baru ke? Macam best je.

Okay la, Cik Ika type off dulu. Cik Ika penat. Tatata.

Saturday, May 1, 2010

lipstik XL

hailoo sume. :)

Semalam kak wan telah pulang ke rumah dan membawa lipstik besar kepada saya. Besar sangat ke? haha.
Mestilah besar. Hahaha. Ouh, saya bukan kaki lipstik ye. :b Tapi dihadiahkan dengan lipstik. Sungguh perempuan sangat saya ye. hehehe.

Lipstik tu bukan lah lipstik yang pakai kat mulut tu. Lipstik ni boleh buat orang kaya. Dan sesuai sangat untuk yang boros macam saya. hahaha! Tak caya ehh? -,- Okay okay, mai tengok ini gambar.



haa. comel tak lipstik ni? hihihiii.(alamak anak buah saya pun turut gelak hihihiii) macam mana tuu? ^_^

Ni lipstik tabung alaf baru ye. :DD


Dan ini pula, tempat letak hpon. hehe. Tq kak wan ye.

saya dapat award.haha

Okay okay, jakun kejab. hehehe.Saya dapat AWARD ni. hahah!
Tak penah penah dapat kan.Terima kasih lah kat pereka cerita.Pereka cerita tu nama dia kott. hehehe.
Tak sempat intiview lerr.
Apa-apa pun terima kasih banyak banyak :))

bangunan pelik pelik.

Setelah mengalami kesedihan  apabila tawaran untuk menjadi arkitek terkemuka telah ditolak. Akhirnya, saya bercadang untuk menyinarkan mata mata saya dengan gambar gambar pelik macam ni. Mana tahu boleh dijadikan perintis di masa hadapan. -_- kan? kan? Tengoklah korang gambar gambar ni sampai juling juling mata. hohoo.

















coraline movie

Haiyoo. :))

Hari ini saya hendak menceritakan movie yang bertajuk coraline. Its a simple movie. Tapi, okaylaa. Sesuai untuk tontonan umum. :)

Ceritanya mengenai Coraline. 
Terowong ke dunia mata butang. 0_O

Coraline adalah seorang anak tunggal yang baru saja pindah ke apartmen baru, dengan kedua ibubapanya.Ibubapanya terlalu sibuk dan Coraline berasa sangat bosan. Dia telah menemui sebuah pintu tersembunyi yang membuka ke dunia citra cermin?(magic world)hehe. Seperti dunia yang sama tetapi berbeza kerana ibubapanya mempunyai lebih banyak masa untuk dirinya, dan mata telah digantikan dengan butang hitam. Coraline terpesona dengan keindahan yang disajikan kepadanya. Dan, dia cukup teruja. Sampai satu ketika, ibubapanya telah mengarahkan Coraline menjahit butang hitam ke matanya. Adakah Coraline setuju? Tengoklah sendiri. Jeng Jeng Jeng. hehe.

 Ouh.misi hampir berjaya. 

Friday, April 30, 2010

jodoh saya.

hai haii. :)

Nak tahu tak? Mungkin jodoh saya bersama sang matrik telah ditetapkan illahi. uhhh.. Selalu yang saya taknak tula yang saya akan dapat Jodoh bersama maktab perguruan serta universiti-universiti tempatan mungkin bukan buat masa kini. *uhukkk... T_T

Jadi, dengan ini, saya mengumumkan saya dengan serta merta akan menjadi pelajar matrik untuk tempoh setahun mulai 10 mei. Doakan kejayaan saya saya bertemu jodoh dengan encik universiti nanti ye. Good luck ika. :)

Ohh, sebelum terlupa, butterfly saya datang kembali mewarnai hidup saya. ^-^ hohhoooo.

tujee. salam. :?)

Wednesday, April 28, 2010

TQ all, for my happy birthday. :)

Haihaii. Ouh hari ini, hari jadi biasa biasa aja. Takde yang special. I tak ada pakwe yang sudi nak bawak jalan-jalan, buat candle light dinner. haha! Berangan lebih.

Tapi, I ada rakan rakan seperjuangan dan keluarga yang tercinta yang ingat kat I. Ouh, they are so sweet. Kiranya diorang pengubat rindu saya laa. Macam-macam orang saya call, rindu kat diorang. Dan, mulalah diorang cakap ouh sombong ko yer. Baru nak telefon aku, yela dapat credit free la katakan. haha! Saya pun jawablaa, alaa, I tak berduit laa, I kan penganggur, hehe

Err. Lepas tu, ada kawan blogger ni, dia bagi ni kat saya, sweet je dia, hehe. klik sini

Kakak saya pula, bagi wish ni. Adeke dia kata saya gemuk. Maklumat lanjut, klik sini. Jahatnyee...

Okay, yang lain-lain tu, terima kasih yee. Yang mana saya tak sempat ucap terima kasih tuu. :)

Byebye... Love all. :)

Tuesday, April 27, 2010

happy birthday to me, :)

Hari ini, genaplah umur saya yang ke-18. Ouh, dah dewasa dah i. hehe. Harap-harap hari jadi ini membawa seribu satu makna dalam hidup aku. Aminn. Dan, aku berharap agar aku diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Sentiasa menjaga diri, menghormati kedua ibu bapa, orang tua, lebih berkeyakinan tinggi, dan tentulah agar sentiasa mengingati yang Esa dan beriman kepadanya. :)

Semalam tepat pukul 12, telefon tak henti-henti berbunyi. Semua tu dari sahabat taulan. Ouhh, dorang ingat harijadi saya. Tak sangka. I'm very aprciate u guys. :) Saya ingat takde sape ingat, tapi, ADA! ouhh, imposible.





Okay, mulakan dengan penghantar sms ye. :D

noor nadia bt sudin- Epy bufday 2 u, epy bufday 2 u, epy burfday, epy bufday, epy bufday 2 wan nur atiqah. :)

faten zulaikha bt zainal abidin-epy bufday to my big baby, lurve ab=nd miz u so much. always be my big baby, muaxhh. weet 18.may allah bless u. b a gudgirl and hepy always.oke, chill.

norazwana bt hassan -Hai Wan, hapy bezday dak ucuk.semoga panjang umur dan murah rezeki.


jazirah bt ramli- hepy besday wan. Semoga diberkati ALLAH.hepi selalu, kita kawan selamanya.

norazilah bt azmi- hye wan. hepy bufday gurl. akhirnya wish gak bufday ko. tahun-tahunsebelum ni lupalaa. hope murah rezeki and dont be naughty gurl:-D k. always hepy ek. k, gudnite wan2. cayang ko. hohoo

nurul syamimi bt zaidi-Wan sayang, hapy bufday!ha3. hope kopanjang umur and murah rezeki. jumpa kat matrik. hu2.

aini hayati-Hapy bzday.sweet 18. gudluckin your life. syg ko.haha

and satu kumbang kat sini.haha
mohd haiqal-hapy bufday, semoga panjang umo, murah rezeki, belajar berjaya, and belajar elok2 tapi, jangan tinggal solat.hehe

okay, sekarang kepada penghantar facebook pulak ye. :)  








Selain itu, panggilan percuma jangan tak diguna kan. hahaha. Semalam saya telefon rakan-rakan lama saya. Rindunya kat diorang. Suruh diorang nyanyi lagu hapy bezday sekali. Tapi, Rafiq Rosli jer yang layan gila-gila saya. ahaha! Buat 2 version lagi. Tak malu... hahaha.

Lain saya call, eerr, nadia, zila, mimi,haiqal, ezrul dan mansur. Ouh lama bergayut dengan mansur fazri ni, dia best gila. Tapi, saya harap, kita kawan sampai bila-bila. Thanks ya for ur support. Saya ingat.

Btw, thank to you guy. double love to you all. muahhh. :)

Tagged me.

Err. Terima kasih buat cik arfah kerana mentag saya ye. Agak lambat saya memgepostnya. Otak blank laa. haha


"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
What is your name :
Wan Nur Atiqah Bt Mior Sharifuddin

A four Letter Word :
Waww. Err. Pangilan teruja ye.

A boy's Name :
Wira-wira negara Malaya
 
A girl's Name :
Wirawati plkn. Aiseh, asal tak dapat plkn!
 

An occupation :
Wonderpet. Ape yang penting, kerjasama.

A colour :
warna warni. Ouhh, actualy pastel ye. Look sweet. :)

Something you'll wear :
Wey! saya tak tahu nak jawab. Sekarang tengah.... err... -_-''

A type of food :
Western food laa. haha!

Something found in the bathroom :
water! no water no mandi-mandi okay! :)

A place :
world of me. err. tak wujud pun, nnti i bikin.
 

A reason for being late :
'walaweyy'(ayat junior tahun lepas), sori-sori.
 

Something you'd shout :
Wan!! hahaha. name aku ni. :DD
 

A movie title :
wonderpet je lah, malas pikir!
 

Something you drink :
watermelonn juice. sedap! nyumnyum
 

A musical group :
wii??? ahh, tak suka apa-apa.


An animal :
ahh, ni nak tukar huruf, nak CAT jugak. tak kira.
 

A type of car :
wak segan tu laa. haha
 

A type of fruit :
nak pisang! haha. bnyk ingar arahan ni. hehe

sape-sape nk jawab, silakan. otak i penat!

la lunch.

Pukul 3 baru nak makan ye. Apelah. Perut masuk ulat tahu lah. Sarapan pun tak kan tadi? Aisehh.
Okay, menu lunch harini ialah nasi goreng tomato + telur balut sardin. haha. Telur balut sardin tu tak berapa nak jadi. Telur tak nak mengembanglaa. hahaha! Btw, rasa? Ouh, mestilah sedap. Chef handal ni. :b

Ha, inilah hasilnya. hehehe. :)

Sebelum terlupa, tadi Kak Wan ada wish bufday i untuk esok. Alala. Awalnya, nak jadi orang first eh? hehe

Okay, bunyi mesej dia. iqah buntal besday besok. Selamat hari tua.

Eee. Dia panggil saya buntal pulak. Haritu panggil gergasi kecik. Uh-uhukk. -_~ Tapi, apa-apa pun TQ ye. :))

K k, saya nak layan wasiat anak dara kat astro ria ni. Heboh cerita ni. haha

Monday, April 26, 2010

totally spies pulak yer. :)

Tadi cerita pasal power puff girl, ouh terlupa. Sekarang anak-anak buah saya yang pulak yang mengambil alih tempat saya sebagai pelakon power puff. hahha!

Okay, sekarang mari bercerita pasal kartun totally spies. Ha, ini lagi best kot. Rasa-rasanya semua mak mak pun join menonton kan?  ehehe. :b



Err. Dia sama jugak macam power puff. save the day. Lebih kurang je. Cuma bezanya tadi powerpuff kat cartoon network, totally spies kat disney channel ye. 615. Totally spies ni pulak ceritanya mengenai ejen perisik.

Ada 3 orang semuanya. Ouhh, dorang cun-cun tau.

Mulakan dengan Sam- berbaju hijau ye. Dia bijak and the leader.

Alex- kaler kuning tu yer, dia ni tomboi sikit.

Dan Clover- kaler merah, dia ni gatal-gatal sikit. Gediks gitu. Tapi, saya kena jadi Clover tau! haha.
Masa main main dengan kawan-kawan laa. hahaha. Tengok-tengok macam 'termelekat' pulak gene dia tuu kat saya. HAHA. :DD


okay, friends forever guys!