Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Monday, September 6, 2010

kenangan hari raya

Salam. Mood raya sedang bertandang. Semua orang sibuk dengan persiapan raya. Tak lupa juga aku, yang asik shopping + window shopping 24 jam. Raya tahun ni, aku dapat raya bersama- sama sedara maraku di Perak. Seronoknya. Dah lama kami tidak berkumpul bersama-sama. Mungkin raya tahun ni dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara kami. Mudah-mudahan begitu hendaknya. :)

Tapi, aku rindukan suasana aku semasa kecil dahulu. Dapat bermain bunga api, dapat main sorok-sorok, masak-masak, main buaian kat rumah Wan Nyah, hahhh. rindunyaaa. Kini semua tu dah takde, Wan Nyah pun dah berpindah. Lagi, Anis pula rindukan katil besi Pah. Pagi-pagi kami akan menahan kesejukan yang teramat bila tidur kat situ tau. Ouhh, aku jugak merinduinya. Pernah aku cakap kat mak aku yang aku nak katil macam tu. Nampak antik dan menarik. Sekarang mana nak jumpa dah katil macam tu. Hah, Awan Dania ada kut katil tu, tapi yang Pah aku punya tu besi. :)

Errrm, raya tahun ni, aku dah ada 6 orang anak buah. Wowww. Semakin tua rupanya aku. Dan, sememangnya aku merindui waktu dahulu...