Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Friday, January 24, 2014

bunga

Mungkin ini yang kau pinta.
Mungkin ini yang kau harapkan.
Setelah cinta di semai dengan baja baja yang indah.
Sehingga kuntum kuntum bunga mekar mewangi.
Dan kau anggap ia telah sempurna.
Lalu kau pergi, tanpa menyirami dan membelainya lagi.
Akhirnya bunga-bungaan tersebut kian layu.
Satu persatu dan daun mula berguguran.
Mungkin tiada harapan lagi untuk hidup.

Kemudian, apabila kau memandang bunga-bungaan tersebut.
Baru kau menyedari.
Yang hilangnya seri bunga itu tanpa kau.
Lantas, kau bergegas mengambil air untuk menyiram.
Kau menggali tanah untuk membaja.
Kau resah. Kau gelisah.
Mungkin sudah terlambat untuk menyedari hakikat ini.

Tapi, terima kasih kerana mencuba selagi termampu.
Untuk bunga ini.
Terus hidup dan mekar mewangi seperti sediakala.