Please sit and read!

Nobody perfect,but WE should try to be perfect.

Friday, April 30, 2010

jodoh saya.

hai haii. :)

Nak tahu tak? Mungkin jodoh saya bersama sang matrik telah ditetapkan illahi. uhhh.. Selalu yang saya taknak tula yang saya akan dapat Jodoh bersama maktab perguruan serta universiti-universiti tempatan mungkin bukan buat masa kini. *uhukkk... T_T

Jadi, dengan ini, saya mengumumkan saya dengan serta merta akan menjadi pelajar matrik untuk tempoh setahun mulai 10 mei. Doakan kejayaan saya saya bertemu jodoh dengan encik universiti nanti ye. Good luck ika. :)

Ohh, sebelum terlupa, butterfly saya datang kembali mewarnai hidup saya. ^-^ hohhoooo.

tujee. salam. :?)

Wednesday, April 28, 2010

TQ all, for my happy birthday. :)

Haihaii. Ouh hari ini, hari jadi biasa biasa aja. Takde yang special. I tak ada pakwe yang sudi nak bawak jalan-jalan, buat candle light dinner. haha! Berangan lebih.

Tapi, I ada rakan rakan seperjuangan dan keluarga yang tercinta yang ingat kat I. Ouh, they are so sweet. Kiranya diorang pengubat rindu saya laa. Macam-macam orang saya call, rindu kat diorang. Dan, mulalah diorang cakap ouh sombong ko yer. Baru nak telefon aku, yela dapat credit free la katakan. haha! Saya pun jawablaa, alaa, I tak berduit laa, I kan penganggur, hehe

Err. Lepas tu, ada kawan blogger ni, dia bagi ni kat saya, sweet je dia, hehe. klik sini

Kakak saya pula, bagi wish ni. Adeke dia kata saya gemuk. Maklumat lanjut, klik sini. Jahatnyee...

Okay, yang lain-lain tu, terima kasih yee. Yang mana saya tak sempat ucap terima kasih tuu. :)

Byebye... Love all. :)

Tuesday, April 27, 2010

happy birthday to me, :)

Hari ini, genaplah umur saya yang ke-18. Ouh, dah dewasa dah i. hehe. Harap-harap hari jadi ini membawa seribu satu makna dalam hidup aku. Aminn. Dan, aku berharap agar aku diberkati Allah di dunia dan di akhirat. Sentiasa menjaga diri, menghormati kedua ibu bapa, orang tua, lebih berkeyakinan tinggi, dan tentulah agar sentiasa mengingati yang Esa dan beriman kepadanya. :)

Semalam tepat pukul 12, telefon tak henti-henti berbunyi. Semua tu dari sahabat taulan. Ouhh, dorang ingat harijadi saya. Tak sangka. I'm very aprciate u guys. :) Saya ingat takde sape ingat, tapi, ADA! ouhh, imposible.





Okay, mulakan dengan penghantar sms ye. :D

noor nadia bt sudin- Epy bufday 2 u, epy bufday 2 u, epy burfday, epy bufday, epy bufday 2 wan nur atiqah. :)

faten zulaikha bt zainal abidin-epy bufday to my big baby, lurve ab=nd miz u so much. always be my big baby, muaxhh. weet 18.may allah bless u. b a gudgirl and hepy always.oke, chill.

norazwana bt hassan -Hai Wan, hapy bezday dak ucuk.semoga panjang umur dan murah rezeki.


jazirah bt ramli- hepy besday wan. Semoga diberkati ALLAH.hepi selalu, kita kawan selamanya.

norazilah bt azmi- hye wan. hepy bufday gurl. akhirnya wish gak bufday ko. tahun-tahunsebelum ni lupalaa. hope murah rezeki and dont be naughty gurl:-D k. always hepy ek. k, gudnite wan2. cayang ko. hohoo

nurul syamimi bt zaidi-Wan sayang, hapy bufday!ha3. hope kopanjang umur and murah rezeki. jumpa kat matrik. hu2.

aini hayati-Hapy bzday.sweet 18. gudluckin your life. syg ko.haha

and satu kumbang kat sini.haha
mohd haiqal-hapy bufday, semoga panjang umo, murah rezeki, belajar berjaya, and belajar elok2 tapi, jangan tinggal solat.hehe

okay, sekarang kepada penghantar facebook pulak ye. :)  








Selain itu, panggilan percuma jangan tak diguna kan. hahaha. Semalam saya telefon rakan-rakan lama saya. Rindunya kat diorang. Suruh diorang nyanyi lagu hapy bezday sekali. Tapi, Rafiq Rosli jer yang layan gila-gila saya. ahaha! Buat 2 version lagi. Tak malu... hahaha.

Lain saya call, eerr, nadia, zila, mimi,haiqal, ezrul dan mansur. Ouh lama bergayut dengan mansur fazri ni, dia best gila. Tapi, saya harap, kita kawan sampai bila-bila. Thanks ya for ur support. Saya ingat.

Btw, thank to you guy. double love to you all. muahhh. :)

Tagged me.

Err. Terima kasih buat cik arfah kerana mentag saya ye. Agak lambat saya memgepostnya. Otak blank laa. haha


"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.
What is your name :
Wan Nur Atiqah Bt Mior Sharifuddin

A four Letter Word :
Waww. Err. Pangilan teruja ye.

A boy's Name :
Wira-wira negara Malaya
 
A girl's Name :
Wirawati plkn. Aiseh, asal tak dapat plkn!
 

An occupation :
Wonderpet. Ape yang penting, kerjasama.

A colour :
warna warni. Ouhh, actualy pastel ye. Look sweet. :)

Something you'll wear :
Wey! saya tak tahu nak jawab. Sekarang tengah.... err... -_-''

A type of food :
Western food laa. haha!

Something found in the bathroom :
water! no water no mandi-mandi okay! :)

A place :
world of me. err. tak wujud pun, nnti i bikin.
 

A reason for being late :
'walaweyy'(ayat junior tahun lepas), sori-sori.
 

Something you'd shout :
Wan!! hahaha. name aku ni. :DD
 

A movie title :
wonderpet je lah, malas pikir!
 

Something you drink :
watermelonn juice. sedap! nyumnyum
 

A musical group :
wii??? ahh, tak suka apa-apa.


An animal :
ahh, ni nak tukar huruf, nak CAT jugak. tak kira.
 

A type of car :
wak segan tu laa. haha
 

A type of fruit :
nak pisang! haha. bnyk ingar arahan ni. hehe

sape-sape nk jawab, silakan. otak i penat!

la lunch.

Pukul 3 baru nak makan ye. Apelah. Perut masuk ulat tahu lah. Sarapan pun tak kan tadi? Aisehh.
Okay, menu lunch harini ialah nasi goreng tomato + telur balut sardin. haha. Telur balut sardin tu tak berapa nak jadi. Telur tak nak mengembanglaa. hahaha! Btw, rasa? Ouh, mestilah sedap. Chef handal ni. :b

Ha, inilah hasilnya. hehehe. :)

Sebelum terlupa, tadi Kak Wan ada wish bufday i untuk esok. Alala. Awalnya, nak jadi orang first eh? hehe

Okay, bunyi mesej dia. iqah buntal besday besok. Selamat hari tua.

Eee. Dia panggil saya buntal pulak. Haritu panggil gergasi kecik. Uh-uhukk. -_~ Tapi, apa-apa pun TQ ye. :))

K k, saya nak layan wasiat anak dara kat astro ria ni. Heboh cerita ni. haha

Monday, April 26, 2010

totally spies pulak yer. :)

Tadi cerita pasal power puff girl, ouh terlupa. Sekarang anak-anak buah saya yang pulak yang mengambil alih tempat saya sebagai pelakon power puff. hahha!

Okay, sekarang mari bercerita pasal kartun totally spies. Ha, ini lagi best kot. Rasa-rasanya semua mak mak pun join menonton kan?  ehehe. :b



Err. Dia sama jugak macam power puff. save the day. Lebih kurang je. Cuma bezanya tadi powerpuff kat cartoon network, totally spies kat disney channel ye. 615. Totally spies ni pulak ceritanya mengenai ejen perisik.

Ada 3 orang semuanya. Ouhh, dorang cun-cun tau.

Mulakan dengan Sam- berbaju hijau ye. Dia bijak and the leader.

Alex- kaler kuning tu yer, dia ni tomboi sikit.

Dan Clover- kaler merah, dia ni gatal-gatal sikit. Gediks gitu. Tapi, saya kena jadi Clover tau! haha.
Masa main main dengan kawan-kawan laa. hahaha. Tengok-tengok macam 'termelekat' pulak gene dia tuu kat saya. HAHA. :DD


okay, friends forever guys!


power puff girl

Haihh. Tadi baru sahaja habis menonton siri powerpuff girl. Hahaha. Teringat masa saya darjah 3 dahulu. Obsess sangat dengan powerpuff girl ni. Semuanya tentang power puff girl. Beg nak powerpuff girl, anak patung power puff girl, alat-alat tulis, tuala, baju. Hahh. Semualaaa.

Sampaikan dalam permainan pun berlakon watak power puff girl. Hebat betul. Saya jadi Blossom. :) Yang kaler merah tu yee. Sebab saya macam suka nak menang kan? haa. amik kau.

Kalau sape yang tak tahu cerita ni, tonton laa. Ada lagi kat cartoon network tu ha. Tapi, yang berkembang sekarang cerita ben-10 je. Menyampah i. -_-'



lagu ni. ahaha. :) closing time.

Blossom, commander and the leader
Bubbles, she is the joy and the laughter
Buttercup, she's the toughest fighter
Powerpuffs save the day...
Fighting crime, trying to save the world
Here they come just in time, the Powerpuff Girls
Fighting crime, trying to save the world
Here they come just in time, the Powerpuff Girls
Powerpuff!


mari berbedak sejuk. :)

Yuhuu. :))

Assalammualaikum and nite nite all. : D

Hari ni, saya takde banyak story morry aa. Cuma, hari ni telah terhasil akaun bank yang ketiga. kekekehh. :)
BSN, ouhh. bukan saja-saja nak bukak okay, cuma nanti kan nak masuk matrik, jadi, kene bukak untuk memudah kan urusan. Urusan dapat duit. haha! :))

Okay, akaun bank- check. Tinggal nak tunggu baju kurung saya lagi 2 tu nak siap. Cik Som buatkan, ouh, mesti lawa nanti. Jahitannya sungguh kemas okay? Puas hati laa.

Then, barang-barang keperluan weekend la beli. Malas malas. Harta i tak banyak. huhh!

Sebenarnya dah lari tajuk kan? haha. Mari cerita pasal bedak sejuk ni. And, apa kelebihannya kan? Ouh, you all main ke bedak-bedak sejuk ni? Kalau tak, cuba cuba. Its good okay. :)

Okay firstly, sure la bedak sejuk ni untuk mencantikkan lagi  muka yang sedia ada. Jadi, double pretty la nanti. :)

Then, bila pakai, kulit muka kita akan terasa tegang kan? Nak gelak pun tak boleh.-_- . Jadi, kita nampak macam terlebih muda laa. hehehe. (Percayalah cakap saya)

Bedak sejuk ni pun dapat mengurangkan kadar minyak dalam kulit kita. Jadi, jerawat pun tak tumbuh la kan? hehe.

Selain tu, kulit muka lebih licin, ala-ala baby gitu. Dan, banyak lagi  faedah yang lain sebenarnya. Malas nak type. :b

Okay, let see me in bedak sejuk. Awww...


macam hantu pocong pulak den tengok. hahaha

Sunday, April 25, 2010

cerita di astro

Hmmm. Kenapalah tak ada cerita yang menarik hati sekarang ni kat astro? Haaiihh. I bayar u mahal tau. Hehe. Tak laa, my father yang bayar. :b Dahla cerita ulang dekat 4 ke 5 kali? Aduhh. Sakit betul. Sampai boleh hafal dah skrip dan jalan cerita tu. Kalau 1, 2 kali tu maybe la boleh terima. Kenapa, duit yang kami bayar tak cukup ke nak buat cerita baru? Cuba buat cerita-cerita best, mesti saya melekat je kat tv, tak main pun laptop ni. Siyes! Lagi-lagi kalau macam cerita adamaya. Ouh, sweett. :b

Lagi, Bila on tv je, tak habis habis keluar klip video klip klip 2010. Ni lagi overdoes tension. Asyik-asyik muka Mila, Aril, Akim, Stacy and Adam, apee? bergabungg, meletup? adoii!. Kalau yer pun nak mensupportkan lagu tempatan, tak payah lah 24 jam nak bukak lagu yang sama je. Cuba la bukak lagu lain jugak okay? Sebab, saya layan indie je kot. Lain tak best. Muhahaha.

Saya bukannya apa.(cehh, ayat) Cuma, malam untuk kami satu keluarga berkumpul makin tipis. Yela, cerita tak seronok, semua lari masuk bilik. Kan ke tak best macam tuu? Patutnya, kalau menonoton sama-sama kan boleh mengeratkan silaturahim. Kann? Lagi-lagi, part air mata, banyak orang kecundang. Dan, saya tukang gelak je. haha! Bye.

Saturday, April 24, 2010

cup cakes yang tak serupa cup cakes.

Baru beberapa minit tadi saya telah membuat satu cupcakes. Cupcakesnya sedap. Tapi, icing terlampau sweet sangat laa. Hahaha. First time pun buat benda ni.

Lagi pun, barang-barang tak berapa nak ada laa. Saya bukan orang dapur. Jadi, saya tak tahu mana mak saya sorokkan barang-barang tuu. Mak saya suka menyimpan. Nak cari pun susah. -_-''

Jadi, ini jelah hasilnya. hahaa. Semua hiasan bercorak mee tambah rumput tambah eerr. ntah laa.Muahahaha. :DD


Adoii. HODOHNYAAA..... harap maaf yeee

Tapi, smile je la ekk. hahahaa

away to baby fair

Assalammualaikum dan selamat malam.

Hari ini saya kan.. pergi baby fair dekat PJ. Ramai gila orang. Sesak sangat. Nak jalan tak boleh. Nak bergerak tak boleh. Nak merangkak lagi la tak kann? hahaa.

Sampai MC baby fair tu suruh orang ramai yang berkunjung di situ tunggu di luar pagar selama 10 minit bagi menenangkan keadaan. hahaa. Kaya gila kan sapa yang jual harini. Mungkin untung berjuta-juta kott.

Ouh,ini dia gambar sewaktu di sana. Check it out. :))

Ini laluan ke tempat baju-baju ye. Tapi, baju dah habis. Ramai orang ambil sedozen. huhh! Terlupa pula saya nak tangkap gamba pakcik dan makcik yang melipat-lipat kain kat situ. Ehehe. :b

Secara kebetulan, terserempak pulak dengan member lama, Hanim. Dah lama tak jumpa kott. Miss you, yaww. :DD alamak, tingginye ko hanimm.. ishh.


Ini anak buah Hanim. Cute tak? hehe. Ada muka Hanim kee? haha

Ha, ni lah gelagat orang kat sana. Pilih kak jangan tak pilih.

Pempers untuk anak buah saya. Uuu aii. Banyaknyaa...

Botol susu baby, comel comel.. Ishh.. Murah pula tu.. Bila saya nak ada baby ni? ahhaha. Gatal ehh.


My sis, dah penat kee? Ni tunggu hari je nak dapat baby ni tapi sempat lagi nak shopping tuu, Aduii. Saya la jadi kuli dia. Sian tak? haha

Masa nak membayar. Beratur ye, beratur. Sabarr..


Ouh, sebelum terlupa, besok ada lagi babyfair ni. Sapa yang nak dapat baby tuu, berkunjung aa kat sini. Murah murah kot. Tapi, apa yang penting, berjimat cermat yee. Jangan naik gila macam kakak saya tadi. hahaha!


Thursday, April 22, 2010

i love u. :D

Ouh, hari ini saya ada dapat mms dari Zila. Ntah kenapa. Tiba-tiba dia bagi saya mms. Saya pun pelik laa kan.

Tersangat pelik. Ingat nak bagi gambar kitaorang waktu dulu-dulu tu, terkenang masa kat DSA dulu.

Tapi... Dia bagi ni...


Hahaa. Jiwang juga Cik Zila ni yer. Hehee. Ape-ape pun terima kasih yee. Friends forever! :))


nota kecik: semalam saya mimpi dia. ntah kenapa tiba-tiba dia muncul dalam mimpi saya. dalam mimpi tu, kami hidup berjiran. dia baru je pindah. jadi, dekatlah kan. rumah ala-ala kampung gitu. dalam mimpi tuu, saya ada pergi rumah dia, nak hanta kuih. (hahaha. kuih ke cik akak?) kemudian. saya terlihat pintu rumah tu tak tertutup. kat ruang tamu tu, ada la family dia tengok tv sama-sama. saya tengok jugak, ada perempuan sebelah dia. very close. then, diorang macam terkejut. saya pun lari laa, balik rumah. sedih kut.haha. kemudian, dia hanta mesej kat saya yang dia taknak mesej saya dah. yela, saya terimalaa.

tulah, saya taknak terima dia lagi, sebab saya takut benda kat atas ni berlaku. saya ni kan emosi lebih. jgn salahkan saya. wakaka.




mencemar duli.

Err. Okay yaa. Hari ini saya akan mencemarkan duli saya sebagai wan nur atiqah yee. Hahaa. Tulah gatal-gatal nak main chess dengan orang kebangsaan lagi. Kan padan muka. -_-'

Tadi, tepat pukul 1.00 pagi saya telah meninvite kawan blogger saya. Kawan kee? Err, yelah kawan. Baru berapa jam jee. Hahaha. Saya ajak dia main chess. Ade ke patutt? hahaa.  Sure sure la saya kalah. Adoii. Takpe-takpe, experiance makes me better in one magics day. haha

Okay, Saudara Faiz, anda memang tererr gila. Sampai daku kecundang di tangan lelaki lagi. haha.
Btw, thanks lah ye sudi melayan permainan chess saya yang kurang hebat ni. Sekian.

Sobb.Sobbb.(nangis)






ahaii... Wan Nur Atiqah

boringnya den harini. Adoii. -_-''. Someone call me. Ahaha.

Err, tadi saya belek-belek dairy. Ahh, indahnya masa dulu. Zaman muda remaja. Ouh, sekarang saya dah hampir tua. Saya kene ada pendirian. And, mostly kena yakin kat diri. Saya dah tak boleh tergesa-gesa membuat keputusan. Pikir masak-masak sampai jadi lauk. haha. Sengal.

Okay, tanam kat diri. Jangan takut dengan orang lelaki dah. Okay? Jumpa, smile for him. Dengan perempuan pun sama. Jumpa, tegur. Bagi salam. Boleh tak Wan Nur Atiqah? Cakap apa khabar pun okay je kan? Nanti, awak kena hidup bermasyarakat. Tak boleh sombong ye. Jangan harapkan orang je nak tegur awak. Awak bukan artis ye.

Lagi, kalau jumpa orang ramai-ramai, jangan pandang lantai je. Pandang muka sorang-sorang. Tapi, jangan pulak blushing kalau dorang pandang awak balik tau. Ingat tu. Nanti lagi malu kann?

Err. Suara awak tuu, tolonglah kuat kan sikit. Orang tak berapa dengar tuu. Tak kisah la orang cakap suara awak budak-budak ke terlampau halus ke. Nanti, awak jawabla balik. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki pulak. Sure, diorang terdiam kan? hehe. :)

Lepastu, awak kena la kuat ya. Jangan lemah. Trust yourself beb. Be cool. Jangan mudah cepat melatah. Jangan lekas marah. Ayat awak tu, awak jaga sikit. Kot kot terguriskan hati orang ke. Kalau rasa macam buat salah, cepat cepat mintak maaf tau!

Ouh, okay la DIRI, apa yang penting, perubahan mesti ada ya. Jangan hangat hangat taik ayam masa zaman muda ya. Ingat awak dah tua.

Lagi, most important, jangan tinggalkan semayang please. ALLAH marah. Dan, jangan bukak tudung lagi tau. Taula rambut awak lawa, tapi, itukan aurat. Haa, janji apa ngan saya? Awak nak pakai purdah kan? Bila? Bila?

Takpelah, saya tunggu bila awak bersedia. All of best for you. :) saya sayang awak, diri saya. Sapa lagi nak sayang saya  kalau bukan saya? haha


semua ini hasil nukilan saya sendiri untuk memantapkan diri. ahha.






yeahh. abang posmen bagi surat. haha

Dengan perasaan yang hiba. uh'uhuukk.(sedih ni..) akhirnya, surat saya yang dah lama tak muncul-muncul dalam minggu ni, muncul juga akhirnya. Seronok ooh dapat surat. Terasa dihargai. Walaupun dari company .........Ouh, itu saya nak samplenya aja okay. Mana tahu, ia berbaloi-baloi. haha!

Err. Dahla tadi lepak dengan Rafiq kat JPJ. Dia pun amik jugak. Tak sangka jumpa lagi. hahaaha. Dia suruh saya kerja. Nanti dia bagi upah. Seperti kebiasaan, saya cakap MALASLAH. Lepastuu, dia ayat saya lagi, dia kata nanti boleh beli telepon baru, laptop dan blablabla. Saya cakap, takpelah, saya syukur dengan apa yang ada. Ouhh. Jawapan saya tersangat kereek.. haha.

Kemudian, haihh. hari ini, saya dapat tagline DEGIL dari mak dan ayah saya. haha. Degil sangat ke saya? Tak kott. Keras kepala tu ada. haha. :DD

Dan, saya dapat juga buat krim aicing. Ouh, sungguh lazat. Nanti boleh letak dekat cupcakes. Cupcakes akan terhasil esok ye. Terlupa beli telur tadi. -_-'. Haa, sebenarnya saya jeles dengan cousin saya. Sebab dia dah menghasilkan dulu cupcakesnya. ahhaha! Jangan marah Anis. Nanti, kita makan sama-sama. :)


me,ika

Wednesday, April 21, 2010

haihh. JPJ oi.

huhhh!

Saya bengang gila harini. Saya kan amik test JPJ. Part parking and everywhere semua okay. Tapi, part dapat JPJ yang garang, memang tak boleh blah laa. Saya ni kan mudah gentar! Tak puas hati betul. Asal semua JPJ garang? Tunjuklah muka manis anda tu. Bukankah senyuman itu satu sedekah pakcik oii..

Lagipula, dia yang hebat sangat tu kata saya memandu dengan berbahaya. Bayangkan? Muka saya nak memandu dengan berbahaya? hah! Tak patut betul. Lain kali saya sumbat kereta kancil ni dalam trak lori baru tahu. Itu baru di namakan bahaya. Dan, kita sama-sama masuk hospital. Nak ke?

Dan lagi, dia yang macam poyo tu menjawab soalan saya dengan bongkaknya. Alahai, JPJ je pakcik. Bukan, Perdana menteri. huhh! Geram sangat. Tolong cool kan saya.!

Dahlahh, nak blah ni. Kene amik intertement kejab. Tenangkan hati!


me,ika

Tuesday, April 20, 2010

jangan kata. taknak dengar. -_-

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Saya baru je bangun tidur ni. Mata pun tak bukak sepenuhnya lagi. Tapi, dah berlari-lari mendapatkan komputer kesayangan untuk menulis. Saya masih busuk busuk ni. Jangan bau! Nanti pengsan. haha! Acah je, saya wangi la. Hishhh..

Okay okay, hari ini saya nak menceritakan mengenai insan yang rapat dengan saya suatu masa dulu. Tapi, sekarang, tolong katakan TIDAK ye. Saya nak belajar dulu. Saya nak kumpul harta banyak banyak. haha. Maknanya, ILMU ye sayang. :)  Bak kata. eer. masa saya belajar form 3, bahasa arab, buku tu cakap, ehh. bukan. Buku tu ada tulis  carilah ilmu dari ayunan buaian hingga ke liang lahad.

Macam ni kott bunyi ayat tu, saya lupa. hahah! Tapi, apa-apa pun ilmu adalah penting ye kawan-kawan. Jangan malam-malas! :))

Okay sebenarnya saya bukan nak buat iklan budaya membaca yang Cikgu ......... selalu buat tu. Mainkan lagu budaya membaca tiap kali rehat. Takde lagu lain ke? Penat tiap-tiap hari dengar lagu sama. Ulang-ulang pulak tu. haishh. Pengsan.  Saya nak ceritakan pasal mereka. Siapa mereka? Sebentar lagi anda tahu ye. Sabar. Cool je. Saya tak lari mana lah. hehehe.

Semalam, mereka-mereka ini telah bermain jiwa dengan saya. Adeke patut? Patutlaa. Saya kan supergegell. haha. Perasan noo. I cubit u tahulah. haha. Ok-ok, taknak main-main dah. Serius. -_-' Ahai, muka serius ke ni? Layan jela.

Firstly, my adoubted brothers la konon. Apa-apa je la. Err. Dia macam pelik sejak dua tiga menjak ni. Kenapa ya? Macam dah jatuh hati kat saya? Kesian hati dia jatuh, cepat tolong kutipkan. haha. Gurau je.
Err. Bukan macamtu, memangla hubungan kami yang tak rasmi ni dah lama. Since 2007 kot. Lama tak? Lama la tuu. Eee. Tapi, dia cakap dia dah ada makwe. So, saya cakap pulak saya dah ada pakwe. Yang padahalnya takde, saje coverline, kate yang saya ni LAKU jugak laa. haha. kan?kan? mana boleh mengalah. haha. Tapi, yang peliknya. Mana makwe dia? Ntah-ntah dia tipu jugak! Pastu, sekarang macam nak bermesra dengan saya. Memang tak la, cik abang. Saya tak suka merampas. hohoo. Kalau anda menipu, nasib anda laa. HAHAHAHA (gelak jahat)


Secondly, dengan my ex schoolmate. Ouh, dia memang hensem. haha! Dululah. Sekarang tak, jangan nak perasan. hahaha. Err. Dia ada cakap lagi semalam. Thats word. Saya nak, tapi, tunggu la. Saya belajar habis habis dulu. Baru kita bincang. Sekarang kita kawan bak teman tapi mesra je dulu. Dahla type mesej in chinese. Pikir saya paham ke? Adoii. Tapi, saya tak tahulaa. Err. buat pandai je la dulu. Malas pikir.

 ohh.hensemnya mamat ni. i love u laa. haha. :))

Bukan apa. The most thing, i realise la. Yang laki ni nak seronok je lebih. kan? kan? Then, mana boleh bagi percuma. Mana ada 100% lelaki  yang menjaga batasan hukum agamanya. Ececeh. Jadi ustazah pulak. haha. Semua milik bakal suami ye. Walaupun sape-sape ada janji dengan anda, jangan mudah terpedaya. Men word. So, hargailah diri anda. Ingatan ikhlas dari ika. Ingat tu. Kalau diorang ada gatal-gatal, baca ayat kursi kuat-kuat. Biar dia terdiam. hahahah! Sebab apa terdiam? Setan telah terbakar laa. haha.



Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh, hidup di dunia sebagai seorang perantau. Jadi, carilah jalan yang lurus yang telah diredhai oleh-NYA. Insyaallah urusan anda akan dipermudahkan. Mudah-mudahan begitu. Aminn.



okay laa. no more talk. tatata.muahmuahh. :)


me,ika

Monday, April 19, 2010

muka buat takut tikus? haha


Assalammualaikum dan selamat pagi semua. :))

Oh, saya tak tahu nak tulis apa pagi-pagi ini sebenarnya. Tapi, pagi-pagi ini, ada orang yang tak di undang mengetuk pintu facebook saya. Dahla tak di jemput, mengutuk lagi tuu. Nak kene bagi makan monster ke orang ni ha? haha


Oleh kerana saya terlampau boring. Boring berjaya sekali lagi menguasai diri saya hari ini. heh! Saya pun layan la exclassmate saya yang sengal tu. Farez Itachi. *kononn. haha. Dia memang perasan betul nak jadi kartun-kartun anime ni.

Maka, terjadilah lagi satu pertelingkahan antara kami. Dia memang suka cari gaduh dengan saya. Saya pun memang tak reti nak mengalah. Ha, habislah. Kalau kat sekolah tuu, saya tendang je kaki dia! Padan muka. Degil sangat kan. haha.

Ikuti chatting kami::-
Farez: cian ko kan mke ko yg tak laku 2 pown ade org nak bli.kalo aku muke ko 2 ltak kat dapur wat takut kan tikus je
Saya:hahaha. tikus takut ke ngan aku?hahaa.
Farez:takut doe...sbb muke ko mcm mak tikus hahahayh.dah lame tak kutuk ko wan
saya:bengong. haha.kau tu atuk tikus!
Farez:ko takde bukti
saya:alaa. kucing kau cakap kat aku semalam.haha
Farez:kucing aku tak penah khianat kat tuan tau
saya:yelaatuu.haha



Tapi, macam mana nak  takutkan tikus macam ni? Mintak muka kesian je ni. haha! Dahla comel. :)



me,ika

Sunday, April 18, 2010

be a babysitter

Assalammualaikum. :)

Err. Hari ini saya penat. Jadi babysitter kepada dua orang budak kecik. Adly dan Arief. Adoi. Pening kepala. Walaupun saya tak jaga sangat. Saya tetap penat. Banyak je adegan atau kerja-kerja sambilan yang diorang buat. Lebih-lebih lagi si Adly ni.

Ada je benda yang nak di mainnya. Semua di punggah. Semua merata-rata tempat. Apa dia yer merata-rata tu? Err. Ntahla macam-macam. Tapi, biasa la budak-budak. Bak kata ayah saya. huhu

Tapi, part yang tak bestnya. Kena basuh berak dorang tu. Euww. Tercemar tangan saya! Tak sanggup nak bukak mata tau. Saya blink blink je tengok taik ade kat tangan. ~_~ Then, jerit! hahaha! Teruknya saya ni.. -_^


Ha, budak kecik ni dah nangis. Kena marah dengan Asu dia. haha! Tulah, main campak barang kat Asu lagi.



Ouh, ni si Arief. Dia nak jadi superhero dengan menteteramkan keadaan abang dia. Tengok tu, tangan dia bagai menepuk - nepuk bahu abang dia tu. :)



me,ika

Lomo lomo.

Assalammualaikum.

Haih, dah lama tak bukak cerita pasal lomo melomo ni kan. Yela, penganggur mana ada duit nak beli. Nak kerja pulak ayah tak kasi. Ishh. Kedekut!

Err. Saya teringin sangat nak lomo. Sape-sape hadiahkan lah saya lomo satu. Bukan mahal pun. hehe. Murah je. Tapi, tulah kedai melomo ni tak banyak lah. Saya nak menuju ke mana pun saya tak tahu. Internet banyaklah kan.


Ha. Tengok lomo ni. Banyak mata dia. Zapp je tangkap. Tup tup dapat 8 gambar. Kan terer tu. hahaha.



Ni macam ala-ala retro pulak. Okay what kan? Bapak saya bangkang bangkang pulak kata tak bagus.

Bagi kawan-kawan, kalau korang beli lomo, jumpa la saya, bagi saya pinjam kejab. kejaaab je. Tak lama pun.

kalau taknak, takpelah. Saya merajuk.

Takpe-takpe, nanti saya dah kaya raya, saya beli sendiri. Sekarang berangan je dulu ehh.


me,ika

walking to Bagan Lalang.

Assalammualaikum. :))

Hari ini hari kedua pergi Bagan Lalang. Semalam pergi waktu malam kan. Hari ni pergi senja-senja. Jadi dapat lah tengok matahari terbenam. :)

Tengoklah gelagat saya, Kak Sheila, Abg Fuad dan Adly di pantai ni. :D


Pandangan di waktu senja. Lawa tak? hehe


Pasir bulat-bulat. Pelik jeh kan.

Ouh mula-mula kasut saya suci murni je.

Adly main air. Habis seluar basah


Tengok. kan dah cakap. Tu la tak nak dengar cakap Asu ngan Alang.


Abang Fuad dan Kak Sheila.


Tengok. Kasut dah kosor. Waa. !_!


Takpe-takpe. Kita ade gula-gula. Awak nak? hehe


Ouh.Ni saya tengah berposing-posing. haha

me,ika